Isteri maut kereta bertembung treler

Kejadian pada jam 3.45 pagi itu ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Kok Lanas, Kota Bharu. - Foto PDRM
Kejadian pada jam 3.45 pagi itu ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Kok Lanas, Kota Bharu. - Foto PDRM
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang wanita warga emas maut apabila kereta Proton Iriz yang dinaiki bersama suami bertembung dengan sebuah treler di kilometer 12 Gua Musang - Kuala Lipis di sini pada Rabu.

Kejadian pada jam 3.45 pagi itu berlaku semasa mangsa, Mek Dah Ibrahim, 69, merupakan isteri kepada pemandu kereta terbabit berada di tempat duduk belakang bersama seorang lagi penumpang dalam perjalanan pulang ke Kok Lanas, Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Scania yang dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah Gua Musang menghala ke Padang Tengku Kuala Lipis, Pahang telah bertembung dengan kereta terbabit dari arah hadapan.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Scania dari arah Gua Musang bertembung dengan kereta terbabit dari arah hadapan. - Foto PDRM
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Scania dari arah Gua Musang bertembung dengan kereta terbabit dari arah hadapan. - Foto PDRM

"Akibat dari pertembungan tersebut, kereta dinaiki mangsa terbabas ke bahu kiri jalan.

"Kesemua pemandu dan penumpang kereta itu dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan awal," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, wanita terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan awal di hospital, manakala suaminya dan penumpang yang lain hanya mengalami kecederaan ringan.

Artikel Berkaitan:

Seorang wanita warga emas maut apabila kereta Proton Iriz yang dinaiki bersama suami bertembung dengan sebuah treler di kilometer 12 Gua Musang - Kuala Lipis, Gua Musang pada Rabu. - Foto PDRM
Seorang wanita warga emas maut apabila kereta Proton Iriz yang dinaiki bersama suami bertembung dengan sebuah treler di kilometer 12 Gua Musang - Kuala Lipis, Gua Musang pada Rabu. - Foto PDRM

Ujarnya, jenazah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian terbabit boleh menghubungi talian 09-9121222," katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan kereta Proton Iriz dan treler di Gua Musang
  • Kemalangan berlaku pada jam 3.45 pagi semasa mangsa dalam perjalanan pulang ke Kok Lanas, Kota Bharu
  • Treler bertembung dengan kereta dari arah hadapan
  • Wanita tersebut meninggal di hospital manakala suami dan penumpang lain cedera ringan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!