Empat kakitangan Pejabat Kesihatan Temerloh cedera kemalangan


Keadaan kakitangan Pejabat Kesihatan Temerloh yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Kuantan - Kuala Lumpur hari ini. - Foto polis
Keadaan kakitangan Pejabat Kesihatan Temerloh yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Kuantan - Kuala Lumpur hari ini. - Foto polis
A
A
A

TEMERLOH - Empat kakitangan Pejabat Kesihatan Temerloh cedera selepas pacuan empat roda (4X4) dinaiki terbabas di Kilometer 153 Jalan Kuantan - Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, empat kakitangan yang menaiki 4X4 jenis Ford Ranjer dalam perjalanan dari Sungai Ara Mentakab untuk membuat pemeriksaan jentik-jentik di Ladang Kawang Lanchang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pemandu pacuan empat roda yang berusia 36 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ketika kejadian, pacuan empat roda itu dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas dan terbalik di bahu kiri jalan.

"Kejadian itu menyebabkan Julia Razali berusia 40 tahun, Mohd Fadlil Nor Mohd Lazim, 35; Wan Ahmad Jukhairizal Wan Ab Jamil, 35 dan Ahmad Shahril Mohd Yunus, 38, mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Pacuan empat roda dinaiki kakitangan Pejabat Kesihatan Temerloh remuk. - Foto polis
Pacuan empat roda dinaiki kakitangan Pejabat Kesihatan Temerloh remuk. - Foto polis

Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: