PGA tahan 203 PATI guna laluan tidak sah

Ijid (tengah) semasa sidang akhbar di Markas Kompeni Taktikal (Martek) Pengkalan Kubor, Tumpat pada Ahad.
Ijid (tengah) semasa sidang akhbar di Markas Kompeni Taktikal (Martek) Pengkalan Kubor, Tumpat pada Ahad.
A
A
A

TUMPAT - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 203 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara yang masuk ke Malaysia menggunakan laluan tidak sah sepanjang tempoh Januari hingga 1 November.

Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, daripada jumlah itu, 156 merupakan lelaki manakala selebihnya wanita.

“Myanmar menjadi PATI paling ramai ditahan iaitu seramai 131 orang, diikuti Bangladesh (32), Indonesia (15), Pakistan (15), India (6) serta Thailand dan Nepal masing-masing dua orang,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Markas Kompeni Taktikal (Martek), Pengkalan Kubor di sini pada Ahad.

Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut, seramai 33 tekong darat turut ditahan selepas didapati menjadi dalang penyeludupan PATI.

Ujarnya, mereka terdiri daripada warganegara tempatan paling ramai ditahan iaitu seramai 18 orang, diikuti Pakistan (5), Myanmar (5) serta selebihnya warga India, Bangladesh, China dan Thailand.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am menahan 203 pendatang asing tanpa izin dari pelbagai negara
  • Dari jumlah itu, 156 lelaki manakala selebihnya wanita
  • Myanmar menjadi negara dengan PATI paling ramai iaitu 131 orang
  • Seramai 33 tekong darat ditahan atas penyeludupan PATI
  • Warganegara tempatan paling ramai ditahan sebagai tekong darat iaitu 18 orang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!