Bawa muatan sampah secara berbahaya, pemandu warga asing tanpa lesen ditahan

Lori sampah yang dipandu seorang lelaki Bangladesh ditahan JPJ di Bukit Cerakah pada Khamis. Foto JPJ Selangor (Gambar kecil: Azrin)
Lori sampah yang dipandu seorang lelaki Bangladesh ditahan JPJ di Bukit Cerakah pada Khamis. Foto JPJ Selangor (Gambar kecil: Azrin)
A
A
A

SHAH ALAM - Bukan sahaja menggajikan pemandu lori warga asing, malah lelaki Bangladesh itu turut membawa muatan sampah secara berbahaya tanpa memiliki sebarang lesen memandu.

Itu antara kesalahan yang dikesan susulan penahanan sebuah lori sampah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi Op Khas Kenderaan Perdagangan di Bukit Cerakah di sini pada Khamis.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, lori berkenaan ditahan menerusi sekatan jalan raya kira-kira jam 7 petang di lokasi terbabit yang juga menjadi antara kawasan 'hot spot''.

"Pemeriksaan terhadap lelaki Bangladesh berusia lingkungan 30-an tersebut mendapati dia tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL).

"Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan lesen pemeriksaan Puspakom lori terbabit juga telah tamat tempoh selain tidak menyelaras barangan dibawa," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, alasan pemandu terbabit membawa muatan bahaya kerana ingin menjual sampah kitar semula untuk mendapatkan gaji yang ditolak sekiranya disaman.

Tambahnya, pemandu terbabit menganguk kepala tanda faham semasa diberitahu oleh anggota JPJ bahawa warga asing tidak dibenarkan membawa kenderaan perdagangan.

"JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serta menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

"Sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki Bangladesh tanpa lesen membawa muatan sampah secara berbahaya
  • Lori ditahan oleh JPJ Selangor dalam operasi khas di Bukit Cerakah, Shah Alam
  • Lori diperiksa dan didapati pemandu tiada Lesen Memandu Kompeten dan Lesen Kenderaan Barangan
  • Pemandu membawa muatan bahaya untuk dijual sebagai sampah kitar semula
  • JPJ Selangor melakukan pemantauan secara berterusan terhadap kenderaan untuk mematuhi undang-undang jalan raya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!