Kes tetak abang ipar: 'Kejadian sangat tragis, arwah seorang yang baik'

JERLUN – Insiden tragis melibatkan seorang lelaki yang ditemui maut dengan kepala terputus daripada badannya di Kampung Pida 3 di sini mengejutkan penduduk kampung tersebut pada malam Jumaat.
Seorang penduduk yang mahu dikenali Mohamad Adam, 18, berkata, mangsa dikenali sebagai seorang yang ramah dan sering dilihat membawa pulang kambing peliharaannya setiap petang.
Menurutnya, dia mengetahui insiden itu melalui rakan, segera ke tempat kejadian selepas solat Maghrib namun hanya mampu melihat dari jauh kerana kawasan telah dipasang tali kuning oleh pihak polis.

"Arwah sangat baik, tak sangka kejadian itu sangat kejam. Saya masih nampak mayat di kawasan sawah. Memang tak sangka kejadian macam ni boleh berlaku di kampung kami.
"Kali terakhir saya jumpa dia baru-baru ini ketika hendak ambil pokok di rumahnya. Dia memang baik, kadang-kadang nampak dia ambil anak balik sekolah waktu tengah hari,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Seorang lagi penduduk, Khairul Irfan Mahizan, 20, turut meluahkan rasa terkejut kerana lokasi kejadian hanya beberapa meter dari rumah ibu mentua mangsa.
“Memang tak sangka la kejadian ni berlaku di sini. Kampung kami biasanya aman,” katanya ringkas.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui maut dengan kepala terputus daripada badan di dalam kawasan sawah padi berhampiran rumahnya, dalam kejadian pergaduhan di Kampung Pida 3 pada petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 7.05 malam memaklumkan berlaku pergaduhan antara dua lelaki.
Ringkasan AI
- Lelaki ditemui maut dengan kepala terputus di Kampung Pida 3
- Mangsa dikenali sebagai individu ramah dan pembawa kambing
- Penduduk hanya mampu melihat dari jauh kerana kawasan dikepung polis
- Kejadian ini mengejutkan kerana kampung dikenali aman
- Insiden berpunca dari pergaduhan antara dua lelaki
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

