Pahang catat pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di Malaysia

KUANTAN - Pahang terus mencatatkan pencapaian cemerlang dengan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di negara ini bagi tahun lepas dengan kadar 4.9 peratus.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri Pahang dalam memperkukuh daya saing ekonomi negeri.
"Alhamdulillah, negeri Pahang telah mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di Malaysia bagi tahun lalu dengan kadar 4.9 peratus, mengatasi purata kadar pertumbuhan negara sebanyak 2.4 peratus.
"Pencapaian ini didorong oleh prestasi memberangsangkan sektor pembinaan yang merekodkan pertumbuhan 15.9 peratus, diikuti sektor pertanian 12.8 peratus dan sektor perkhidmatan 1.4 peratus," katanya dalam hantaran Facebook miliknya pada Jumaat.
Jelasnya, kerajaan negeri juga memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkasa melalui pembangunan sektor-sektor strategik.
"Semoga momentum positif ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan, demi merealisasikan hasrat menjadikan Pahang sebagai negeri maju, makmur dan berdaya tahan selaras dengan agenda pembangunan mampan negeri," jelasnya lagi.
Ringkasan AI
- Pahang catat pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di Malaysia tahun lalu dengan 4.9 peratus
- Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, soroti komitmen kerajaan negeri untuk perkasa ekonomi
- Pertumbuhan ini lebih tinggi daripada purata negara pada 2.4 peratus
- Sektor pembinaan, pertanian, dan perkhidmatan masing-masing catat pertumbuhan 15.9 peratus, 12.8 peratus, dan 1.4 peratus
- Kerajaan negeri fokus pada pembangunan sektor strategik untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Pahang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

