Islam intai takhta welterweight di UFC 322 dan ‘superfight’ di Rumah Putih

Islam (kanan) dilihat berpotensi merampas kejuaraan welterweight daripada Jack Della Maddalena di UFC 322.
Islam (kanan) dilihat berpotensi merampas kejuaraan welterweight daripada Jack Della Maddalena di UFC 322.
A
A
A

BEKAS juara dunia lightweight UFC, Islam Makhachev berkata, tumpuannya kini terarah kepada perebutan kejuaraan welterweight, namun pada masa sama tidak melupakan potensi pertembungan sensasi menentang Ilia Topuria.

Islam (27-1) bakal mencabar penyandang juara welterweight, Jack Della Maddalena (18-2) dalam pertarungan utama UFC 322 yang dijadual berlangsung pada 14 November di Madison Square Garden, New York, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Islam melepaskan gelaran lightweight pada Mei lalu untuk beralih ke divisyen lebih tinggi, sekali gus menamatkan rekod empat kali mempertahankan kejuaraan.

Tindakan itu sekali gus membuka peluang kepada Ilia Topuria (17-0) yang kemudian menewaskan Charles Oliveira menerusi tumbukan knock out (KO) pada Jun bagi merangkul takhta lightweight.

Pada masa sama, Islam tidak menolak kemungkinan berdepan Topuria di divisyen welterweight, malah melihat pertarungan itu sebagai pilihan tepat untuk dijadikan acara utama UFC di Rumah Putih yang dijangka berlangsung pada 14 Jun tahun depan.

“Ilia mahu bertarung di Rumah Putih dan saya juga mahu berada di sana,” ujar Islam.

Topuria sebelum ini menyindir bahawa keputusan Islam berpindah ke divisyen welterweight hanyalah alasan untuk mengelak pertarungan terus antara mereka di kelas lightweight.

Buat masa ini, Topuria dijangka mempertahankan gelaran lightweight sebelum mempertimbangkan untuk naik ke kelas welterweight.

Difahamkan, UFC masih belum mengumumkan sebarang pertarungan rasmi untuk acara di Rumah Putih.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!