Curson hadiahkan kejuaraan buat Melaka

Timbalan Presiden 2 Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang juga Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos bersama pemain Melaka yang muncul juara Kategori B-16 Kejohanan Antara Negeri 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.
Timbalan Presiden 2 Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang juga Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos bersama pemain Melaka yang muncul juara Kategori B-16 Kejohanan Antara Negeri 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

PEMAIN muda berbakat, Curson Cheng Yu Yang muncul wira baharu apabila menghadiahkan kejuaraan kepada skuad Melaka dalam aksi dramatik final Kejohanan Antara Negeri Bawah 12 (B-12) & B-16 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Melaka yang tewas pada pentas akhir tahun lalu bangkit menebus kekecewaan apabila menundukkan bekas juara, Kedah, 2-1 dalam pertarungan sengit lebih dua jam.

Aksi pembukaan menyaksikan Syed Harraz Sayed Muzir memulakan langkah bergaya selepas menundukkan Chong Lee Quan, 16-21, 21-8, 22-20 sekali gus memberi mata pertama buat Melaka.

Namun Kedah tidak mudah menyerah apabila gandingan Kieshen Sai Rao Nyanaprakash Rao-Lee Kai Xun mengikat kedudukan 1-1 selepas menewaskan Ungku Ameer Alif Ungku Mohamed Nur Firdaus-Ahmad Qaid Darwisy 21-19, 12-21, 21-15 dalam acara beregu lelaki.

Kedudukan seimbang itu menjadikan perlawanan penentuan perseorangan kedua sebagai penentu, dan Curson tidak mengecewakan apabila tampil dengan persembahan matang untuk menumpaskan Joshua Karunagaran, 21-10, 21-8 dalam tempoh kurang 30 minit.

Kejayaan itu sekali gus menghadiahkan gelaran pertama kategori Lelaki Bawah 16 buat Melaka selepas dua tahun, melengkapkan misi pembalasan mereka di pentas tertinggi kejohanan remaja negara.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Curson Cheng Yu Yang menghadiahkan kejuaraan kepada skuad Melaka dalam Kejohanan Antara Negeri Bawah 12 & B-16 2025
  • Melaka menundukkan bekas juara, Kedah, 2-1 dalam pertarungan sengit lebih dua jam
  • Syed Harraz Sayed Muzir memberi mata pertama untuk Melaka dengan kemenangan atas Chong Lee Quan
  • Kieshen Sai Rao Nyanaprakash Rao dan Lee Kai Xun mengikat kedudukan 1-1 untuk Kedah dalam acara beregu lelaki
  • Curson mengalahkan Joshua Karunagaran, melengkapkan misi pembalasan Melaka dan menjadikan mereka juara kategori Lelaki Bawah 16

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!