Kejuaraan baharu FIFA barakan bola sepak ASEAN

Piala ASEAN FIFA angkat martabat bola sepak Asia Tenggara ke peringkat lebih tinggi pada masa depan

Gianni Infantino
Gianni Infantino
A
A
A

PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyifatkan Piala ASEAN FIFA sebagai bukti nyata komitmen badan induk bola sepak dunia itu tidak hanya memperkukuhkan hubungan bersama komuniti Asia Tenggara.

Malah lebih daripada itu tegas Infantino pentas adalah untuk mengangkat martabat bola sepak rantau ini ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.

Menurut Infantino, kejohanan baharu itu bukan sekadar mengisi kalendar bola sepak serantau, malah berperanan besar membuka peluang pemain ASEAN bersinar di pentas dunia.

“Kami amat berbesar hati dapat meneruskan sokongan kepada komuniti ASEAN menerusi pelancaran Piala ASEAN FIFA.

“Kejohanan ini akan menjadi tambahan penting kepada kalendar bola sepak rantau ini dan memberi peluang pemain terbaik ASEAN menunjukkan kemampuan di peringkat global,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baharu antara FIFA dan ASEAN, disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi ASEAN.

Infantino menegaskan, penganjuran kejohanan itu akan memperkukuh semangat kesepaduan antara negara ASEAN selain menyemarakkan pembangunan bola sepak kebangsaan di seluruh Asia Tenggara.

“Melalui Piala ASEAN FIFA, kita menyatukan negara-negara rantau ini di bawah satu semangat bola sepak.

“Saya yakin kejohanan ini bakal menjadi kejayaan besar dan membantu meningkatkan daya saing serta mutu permainan di peringkat kebangsaan,” ujarnya.

Menurut Infantino, bagi memastikan penganjuran berjalan lancar, FIFA akan bekerjasama rapat dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) serta semua persatuan ahli FIFA di rantau ini bagi memuktamadkan format pertandingan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Kejohanan itu akan menghimpunkan pasukan kebangsaan dari semua negara anggota ASEAN dalam format yang diilhamkan daripada Piala Arab, yang pertama kali dianjurkan oleh FIFA pada tahun 2021.

Ringkasan AI

  • PRESIDEN FIFA, Gianni Infantino menyatakan Piala ASEAN FIFA sebagai tanda komitmen FIFA memajukan bola sepak Asia Tenggara
  • Kejohanan ini bertujuan meningkatkan martabat bola sepak ASEAN ke aras yang lebih tinggi
  • Piala ASEAN FIFA akan memberi peluang kepada pemain ASEAN untuk bersinar di peringkat global
  • Kejohanan bertujuan mengukuhkan semangat kesepaduan ASEAN dan mempromosikan pembangunan bola sepak serantau
  • FIFA akan bekerjasama dengan AFC, AFF, dan semua persatuan ahli untuk memperincikan format pertandingan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!