Negara bergantung kepada kita: Noor Hisham

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa pertahanan negara sekarang berada di bahu kakitangan kesihatan bagi menggempur dan memusnahkan penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, kejayaan barisan hadapan ini adalah penentu kepada bagaimana Malaysia menghadapi wabak ini yang semakin membimbangkan di seluruh dunia.

“Kepada orang awam, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak pernah terjadi di negara ini.

“Setiap dari kita boleh membantu bagi memenangi peperangan ini, duduk di rumah dan bantu kami memutuskan jangkitan Covid-19, amalkan penjarakkan sosial dan selalu mencuci tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan strategi mengesan, menguji, mengasing dan merawat semua pesakit Covid-19 serta mengambil langkah perlu bagi memastikan sistem kesihatan kita terus diperkukuhkan.

Setakat semalam, 1,624 pesakit telah dijangkiti Covid-19 dan 16 kematian dicatatkan manakala 183 individu sembuh sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: