Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Melaka

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MELAKA - Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di Sungai Melaka di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan memakai gelang tali kira-kira jam 4.45 petang semalam.

"Mangsa dibawa naik oleh pekerja Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka serta orang awam sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Melaka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata, bedah siasat ke atas mayat lelaki itu telah dijalankan pada jam 11 malam semalam dan punca kematian disebabkan lemas.

"Mayat mangsa masih ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Melaka sementara menunggu keputusan cap jari untuk mengenal pasti warisnya,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mayat seorang lelaki belum dikenal pasti ditemukan terapung di Sungai Melaka
  • Mangsa ditemui berpakaian lengkap dengan gelang tali
  • Mayat dinaikkan oleh pekerja Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka serta orang awam
  • Bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah lemas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!