‘Nah, gula-gula untuk awak’ - Gusmao santuni pengamal media

Gusmao sempat menyantuni pengamal media sambil memberikan gula-gula manis pada Sidang Kemuncak ASEAN ke -47 di Kuala Lumpur hari ini.
Gusmao sempat menyantuni pengamal media sambil memberikan gula-gula manis pada Sidang Kemuncak ASEAN ke -47 di Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao sempat menyantuni pengamal media yang dua jam berdiri di pekarangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi membuat liputan penuh Sidang Kemuncak ASEAN ke -47.

Beliau menghampiri wartawan untuk bertanyakan khabar sambil memberikan gula-gula manis di dalam poket sutnya.

“Saya tengok muka awak macam penat dan lapar. Nah, saya beri gula-gula untuk awak,” katanya kepada wartawan Sinar Harian pada Ahad.

Gusmao terkenal dengan sikapnya yang gemar menyantuni dan bergurau senda dengan pemberita, begitu juga ketika Sidang Kemuncak ASEAN - Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Kedua, di sini pada Mei lalu.

Dengan senyuman mesra, beliau menghampiri kumpulan pengamal media di dalam kawasan yang dikhaskan untuk mereka dan menghulurkan coklat dan gula-gula.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao, menyantuni pengamal media di pekarangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Beliau menghampiri wartawan untuk bertanyakan khabar dan memberikan gula-gula
  • Gusmao memberi gula-gula kepada wartawan sebagai tanda perhatian kerana mereka kelihatan penat dan lapar
  • Terkenal dengan sikap penyayang dan suka bergurau senda dengan pemberita
  • Gusmao menghulurkan coklat dan gula-gula kepada kumpulan pengamal media di kawasan yang dikhaskan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!