Bunuh dua beranak di Juru: Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari

Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Sabtu lepas. (Gambar kecil: Azizee)
Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Sabtu lepas. (Gambar kecil: Azizee)
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 30-an hingga 40-an itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bermula hari ini hingga 31 Oktober mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek utama ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara, manakala dua lagi diberkas di Bukit Tengah.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan mati dalam rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, dengan mayat wanita itu di dapur dan kanak-kanak berkenaan di tingkat atas.

Polis turut menahan suami mangsa berusia 57 tahun bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari untuk siasatan pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru
  • Suspek ditahan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
  • Satu suspek ditahan ketika cuba lari ke luar negara, dua lain diberkas di Bukit Tengah
  • Mangsa ialah Sariya Che Hin dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, ditemukan mati dalam rumah
  • Suami mangsa juga ditahan untuk membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!