Nelayan aktif sahaja bakal dapat ESH

Zahran (tengah) ketika sesi perbincangan bersama nelayan daerah Yan, hari ini.
Zahran (tengah) ketika sesi perbincangan bersama nelayan daerah Yan, hari ini.
A
A
A

YAN - Elaun Sara Hidup (ESH) akan disalurkan kepada nelayan yang aktif menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.

Penyelaras Dun Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, manakala seramai 39 nelayan kawasan ini di senarai hitamkan daripada menerima ESH.

“Nelayan yang disekat daripada mendapat ESH adalah disebabkan proses pemutihan dibuat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Proses itu dibuat bagi mengenal pasti nelayan yang aktif ataupun sebaliknya dan ia dibuat tidak hanya dengan membuat tinjauan secara mengejut ke kuala tetapi juga melalui data pengambilan minyak,” katanya.

Menurutnya, namun nelayan yang disekat ESH tersebut boleh membuat rayuan dan menghadiri temu duga yang akan diadakan.

“Bagi daerah Yan, temu duga akan dibuat pada minggu hadapan dan akan dimaklumkan LKIM. Saya amat berharap mereka dapat datang sesi temu duga itu kerana apabila proses ini selesai, nelayan yang disekat ESH akan dibayar semula bersama tunggakan.

“Nelayan perlu patuh kepada syarat yang ditetapkan supaya membolehkan mereka layak menerima ESH termasuk jumlah hari minima ke laut mestilah tidak kurang daripada 120,” katanya.

Artikel Berkaitan: