Hampir 3,000 mangsa banjir di Perak masih ditempatkan di PPS

IPOH - Seramai 2,922 mangsa banjir daripada 993 keluarga di seluruh negeri Perak masih ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini pada Sabtu.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, jumlah berkenaan adalah kekal sejak Jumaat.
Daerah Larut Matang dan Selama mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,051 orang daripada 721 keluarga yang kini berada di 19 PPS di kawasan itu.
Daerah Manjung turut merekodkan jumlah tinggi dengan 570 orang daripada 187 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.
Sementara itu, Perak Tengah menempatkan 105 mangsa daripada 31 keluarga di sebuah PPS, manakala di Kerian terdapat 250 mangsa daripada 54 keluarga di dua PPS yang masih beroperasi.
Sementara itu, rekod pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan dua sungai di Perak ketika ini berada pada paras bahaya.
Sungai Slim di Slim River dengan bacaan 25.54 meter berbanding paras normal 23.50 meter, manakala Kolam Air Bukit Merah yang merekodkan 9.23 meter berbanding paras normal 8.68 meter.
Selain itu, Empangan Ulu Kinta menunjukkan paras amaran dengan bacaan 248.16 meter, manakala Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang turut mencatat paras amaran 22.50 meter.
Ringkasan AI
- Seramai 2,922 mangsa banjir dari 993 keluarga masih ditempatkan di 26 PPS di Perak
- Daerah Larut Matang dan Selama mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 2,051 orang dari 721 keluarga
- Daerah Manjung mencatat jumlah tinggi mangsa banjir dengan 570 orang dari 187 keluarga
- Perak Tengah dan Kerian masing-masing menempatkan 105 dan 250 mangsa banjir
- Dua sungai di Perak berada pada paras bahaya dan beberapa kawasan mencatat paras amaran
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

