Syarikat penjual vape, pengurus stesen minyak didenda jual produk rokok bersama hadiah

Hock Seong menutup muka ketika keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis selepas mengaku bersalah dan didenda kerana menjual produk tembakau bersama barangan sebagai hadiah di stesen minyak di Sungai Ular.
Hock Seong menutup muka ketika keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis selepas mengaku bersalah dan didenda kerana menjual produk tembakau bersama barangan sebagai hadiah di stesen minyak di Sungai Ular.
A
A
A

KUANTAN - Sebuah syarikat penjual produk rokok elektronik (vape) dan seorang pengurus stesen minyak masing-masing didenda oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah menjual bahan merokok dan produk tembakau bersama barangan sebagai hadiah.

Kedua-duanya masing-masing didenda sebanyak RM20,000 dan RM5,000 atas kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Dalam prosiding di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin, Syarikat SP2S Consept Store Sdn Bhd didakwa kerana menjual bahan merokok bersama barangan sebagai hadiah melalui pekerja wanita di premis kedai dalam sebuah pusat beli-belah di sini.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 11.25 pagi pada 18 Disember tahun lalu.

Syarikat terbabit yang diwakili pengarahnya, Yeo Yeong Nain, 42, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Azlir Hasan sebelum didenda RM20,000 atau penjara selama enam bulan jika gagal menjelaskan denda.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pengurus sebuah stesen minyak di Sungai Ular di sini turut mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah seksyen sama.

Yeo Hock Seong, 37, didakwa menjual produk tembakau bersama barang sebagai hadiah melalui pekerja di stesen minyak diusahakan di Sungai Ular.

Kesalahan berkenaan dilakukan kira-kira jam 1.20 tengah hari, April lalu.

Bagi kesalahan terbabit, Hock Seong mengaku bersalahan dan didenda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mana-mana pihak yang didapati bersalah di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (2)(a)(i) akta yang sama dan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi individu.

 

Bagi syarikat pula, hukuman yang boleh dikenakan berupa denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ringkasan AI

  • Syarikat penjual vape dan pengurus stesen minyak didenda RM20,000 dan RM5,000 mengikut Seksyen 12(1)(a) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 kerana menjual bahan merokok bersama barangan sebagai hadiah
  • Syarikat SP2S Consept Store Sdn Bhd dikenakan denda RM20,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar denda untuk menjual bahan merokok bersama barangan sebagai hadiah
  • Kesalahan dijalankan pada 18 Disember tahun lalu kira-kira jam 11.25 pagi dalam sebuah pusat beli-belah
  • Pengurus stesen minyak, Yeo Hock Seong didenda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar denda atas tuduhan yang sama
  • Individu yang melanggar Seksyen 12(1)(a) boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun, manakala syarikat boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!