Pelajar maut ditikam: Suspek lelaki dibawa ke mahkamah pagi ini

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Rabu untuk menghadapi pertuduhan kes membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Rabu untuk menghadapi pertuduhan kes membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pelajar lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu untuk menghadapi pertuduhan kes membunuh seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun, yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Mengikut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), kertas siasatan kes tersebut telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

AGC berkata, hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap pelajar yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Pada 15 dan 21 Oktober lepas, mahkamah sama mengeluarkan perintah agar remaja berusia 14 tahun itu (Tingkatan Satu Kelas Peralihan) yang juga pelajar di sekolah yang sama, direman berjumlah 14 hari bagi membantu siasatan.

Memandangkan suspek merupakan pelajar bawah umur, dia mungkin dibawa ke mahkamah menerusi laluan lain sekali gus menyulitkan usaha media untuk mengambil gambarnya.

Dalam kejadian pada 14 Oktober, pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) itu ditemukan meninggal dunia di tandas sekolah itu, selepas disyaki ditikam berulang kali.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pelajar lelaki didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama
  • Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
  • Jabatan Peguam Negara menyatakan asas yang mencukupi untuk pertuduhan berdasarkan kertas siasatan Polis Diraja Malaysia
  • Suspek berusia 14 tahun direman 14 hari untuk membantu siasatan
  • Kejadian pembunuhan berlaku di tandas sekolah pada 14 Oktober, mangsa disyaki ditikam berulang kali

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!