Sultan Selangor titah rakyat hayati nilai perpaduan, kasih sayang sempena Deepavali

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dengan penuh sukacita mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat.
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dengan penuh sukacita mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat.
A
A
A

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah agar seluruh rakyat negeri ini khususnya menghayati nilai keinsafan, kebaikan dan kasih sayang sempena sambutan Hari Deepavali tahun ini.

Baginda bertitah, Hari Deepavali yang melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan seharusnya menjadi peringatan kepada semua tentang pentingnya semangat muhibah dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

“Beta dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dengan penuh sukacita mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Beta yang beragama Hindu di Negeri Selangor Darul Ehsan serta di seluruh negara.

“Semoga sambutan Pesta Cahaya pada tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh rakyat jelata, khususnya masyarakat Hindu yang meraikannya,” titah baginda dimuat naik menerusi laman Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin turut menyeru agar perayaan ini disambut dengan penuh kemeriahan sambil mengekalkan semangat perpaduan antara kaum dan agama yang menjadi asas keharmonian negeri ini.

Baginda bertitah, Selangor sebagai negeri maju dan berbilang kaum perlu terus menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dalam mengamalkan sikap saling menghormati, bertoleransi dan bersatu padu demi mengekalkan keamanan serta kemakmuran yang dikecapi bersama.

“Semoga simbolik cahaya Deepavali akan terus menerangi kehidupan seluruh rakyat dengan harapan, kesejahteraan dan kemuliaan yang berkekalan,” titah baginda mengakhiri perutusan sempena Hari Deepavali 2025.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sultan Selangor menitahkan rakyat menghayati nilai keinsafan, kebaikan, dan kasih sayang sempena Deepavali
  • Hari Deepavali diibaratkan sebagai kemenangan cahaya atas kegelapan, mengingatkan tentang keharmonian bermasyarakat
  • Sultan dan Tengku Permaisuri ucap Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada pengikut Hindu di Selangor dan negara
  • Sambutan Deepavali diharap membawa kesinambungan bahagia, sejahtera, dan keamanan kepada masyarakat
  • Sultan seru sambutan dengan kemeriahan sambil mengekalkan semangat perpaduan kaum dan agama di Selangor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!