Anwar ucap selamat Deepavali, ajak rakyat bersama menuju kemajuan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut Hindu di negara ini.
Anwar berharap agar Deepavali tahun ini menjadi simbol rakyat Malaysia untuk bersama menuju kemajuan, pencerahan, keadilan dan meninggalkan kegelapan serta kezaliman.
"Mudah-mudahan Deepavali dapat memberikan pencerahan dan kebahagiaan kepada keluarga masyarakat Malaysia," kata beliau menerusi video ucapannya sempena Hari Deepavali.
Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut pada Isnin. - Bernama
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada penganut Hindu di Malaysia
- Anwar berharap Deepavali menjadi simbol kemajuan, pencerahan, keadilan, dan meninggalkan kegelapan serta kezaliman
- Deepavali dapat memberikan pencerahan dan kebahagiaan kepada keluarga masyarakat Malaysia
- Deepavali dikenali sebagai Pesta Cahaya
- Deepavali disambut pada Isnin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
