Ahmad Zahid seru rakyat terus perkukuh perpaduan sempena Deepavali

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus mengukuhkan perpaduan, memelihara semangat toleransi, hormat-menghormati dan kasih sayang yang menjadi asas kekuatan negara berbilang kaum dan budaya sempena sambutan Deepavali tahun ini.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menzahirkan harapan agar perayaan kali ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.
"Saya percaya, seperti cahaya pelita yang menyinari kegelapan, perpaduan rakyat Malaysia akan terus menjadi sinar yang membawa negara ini menuju masa depan yang makmur dan sejahtera. Happy Deepavali. Deepavali Nal Valthukkal," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 khususnya buat pengundi di kawasan Parlimennya.
Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, disambut esok oleh masyarakat India beragama Hindu di seluruh negara. - Bernama
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Malaysia mengukuhkan perpaduan dan memelihara semangat toleransi
- Beliau mengharapkan Deepavali membawa kebahagiaan dan kesejahteraan
- Ahmad Zahid menyamakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai sinar yang membawa masa depan makmur
- Ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 khusus untuk pengundi di Parlimen Bagan Datuk
- Deepavali dikenali sebagai Pesta Cahaya dan disambut oleh masyarakat India beragama Hindu di seluruh negara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
