Remaja perempuan dilapor hilang selepas naik e-hailing

BENTONG – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas dipercayai menaiki perkhidmatan e-hailing menuju ke sebuah pasar mini di Taman Gemilang, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dikenali sebagai Putri Ariyana Fariesya Ariffadilah, 15 dengan alamat terakhirnya di Apartment Taman Gemilang, di sini.
Menurutnya, kali terakhir remaja itu dilihat berada di kawasan Kampung Chamang, berdekatan sebuah kedai runcit sebelum menaiki e-hailing berkenaan.
"Remaja itu berkulit sawo matang, bertubuh sederhana dan mempunyai ketinggian kira-kira 154 sentimeter serta berat sekitar 46 kilogram.
'Ketika kejadian,dia memakai baju berwarna biru serta seluar bercorak petak-petak," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, pihak polis kini giat menjalankan usaha mengesan remaja terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Ringkasan AI
- Remaja perempuan hilang selepas menaiki perkhidmatan e-hailing menuju ke pasar mini di Taman Gemilang, Bentong
- Mangsa dikenali sebagai Putri Ariyana Fariesya Ariffadilah, berusia 15 tahun
- Kali terakhir dilihat berada di Kampung Chamang sebelum menaiki e-hailing
- Remaja itu berkulit sawo matang, tinggi kira-kira 154 sentimeter dan berat 46 kilogram
- Polis sedang mencari remaja tersebut dan meminta bantuan orang ramai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

