Lelaki libas remaja perempuan dengan pisau direman 7 hari

Suspek berusia 25 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Suspek berusia 25 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki direman tujuh oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas disyaki melibas dan mencederakan seorang remaja perempuan menggunakan pisau.

Perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bermula Selasa sehingga Isnin ini.

Terdahulu suspek berbaju reman jingga tiba di Kompleks Mahkamah Melaka dengan kenderaan polis.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian menimpa mangsa berusia 18 tahun itu berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika mangsa bersama kakak iparnya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 9, Tangga Batu, Tanjung Kling.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali lelaki yang menyerangnya malah memaklumkan tidak mempunyai musuh atau sebarang perselisihan faham dengan mana-mana individu.

"Ya kita dah tangkap suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Jelas beliau, mangsa yang kini dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka turut memaklumkan baru tiga minggu berpindah dari Tangkak, Johor ke Melaka dan baru bekerja sebagai operator kilang tiga minggu lalu.

Ujar beliau, sebelum kejadian, mangsa membonceng motosikal ditunggang kakak iparnya berusia 21 tahun sebelum tiba-tiba berasa sakit di bahagian belakang dan meminta untuk berhenti di tepi jalan.

“Kakak ipar mangsa kemudian ternampak sebuah motosikal jenis Yamaha LC V8 berwarna biru gelap ditunggang seorang lelaki memakai jaket warna gelap dan topi keledar jenis MS warna biru memecut laju meninggalkan lokasi," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Hasil tindakan pantas polis, suspek berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian dan dijangka direman pagi ini bagi membantu siasatan lanjut.

Penahanan reman suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan melibas remaja perempuan dengan pisau
  • Suspek berusia 25 tahun dan reman berlangsung dari Selasa hingga Isnin
  • Kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama kakak iparnya dalam perjalanan pulang
  • Mangsa dirawat di Hospital Melaka dan baru berpindah dari Tangkak serta bekerja sebagai operator kilang
  • Suspek ditahan kurang dari 24 jam selepas kejadian untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!