Lelaki libas remaja perempuan dengan pisau kerana 'simpan hati' - Polis

Perasaan ‘simpan hati’ dipercayai menjadi punca seorang penganggur sanggup mencederakan remaja perempuan menggunakan pisau ketika mangsa membonceng motosikal pada Isnin.
Perasaan ‘simpan hati’ dipercayai menjadi punca seorang penganggur sanggup mencederakan remaja perempuan menggunakan pisau ketika mangsa membonceng motosikal pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Perasaan ‘simpan hati’ dipercayai menjadi punca seorang lelaki yang juga penganggur sanggup mencederakan remaja perempuan menggunakan pisau ketika mangsa membonceng motosikal di Tangga Batu di sini pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek lelaki berusia 25 tahun yang tinggal di kawasan sama berjaya ditahan kira-kira jam 1.30 pagi hasil maklumat dan tindakan pantas pasukan polis.

"Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan memaklumkan dia menaruh minat terhadap mangsa namun siasatan lanjut masih diteruskan.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas sebilah pisau berukuran 27 sentimeter (cm) yang dipercayai digunakan dalam serangan berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa sehingga Isnin ini selepas perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret Melaka.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 18 tahun yang bekerja sebagai operator kilang membonceng motosikal ditunggang kakak iparnya berusia 21 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 9 Tangga Batu.

Mangsa tiba-tiba terasa sakit di bahagian belakang badan sebelum terkejut mendapati pinggangnya berlumuran darah.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan dan dilaporkan mengalami luka sepanjang tujuh sentimeter dan tiga sentimeter lebar di bahagian belakang pinggang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perasaan 'simpan hati' menjadi punca seorang penganggur mencederakan remaja perempuan dengan pisau di Melaka
  • Suspek lelaki berusia 25 tahun ditahan polis
  • Suspek mengaku minat terhadap mangsa namun siasatan masih berjalan
  • Pisau sepanjang 27 sentimeter dirampas sebagai bukti
  • Mangsa mengalami luka sepanjang tujuh sentimeter di pinggang dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!