Trump ugut mahu bunuh Hamas

Pelan damai Gaza dicadangkan Trump wayang semata-mata yang bertujuan untuk melindungi Netanyahu. Foto Agensi
Pelan damai Gaza dicadangkan Trump wayang semata-mata yang bertujuan untuk melindungi Netanyahu. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran beliau akan menyokong serangan ke atas Hamas ketika gencatan senjata di Gaza dilaporkan goyah.

Trump membuat ugutan itu dengan menggunakan alasan Hamas kononnya sengaja menyerang kumpulan samseng yang bersekongkol dengan Israel.

"Kami tiada pilihan selain membunuh anggota Hamas," menurutnya menerusi platform X pada Khamis.

Ketika disoal wartawan tentang ancaman itu, Trump menjelaskan ia tidak akan melibatkan pasukan tentera AS.

"Kita tidak perlu hantar askar ke Gaza. Ada 'orang' yang sangat dekat dengan mereka untuk bertindak bagi pihak AS," katanya yang secara jelas merujuk kepada sekutu kuatnya, Israel.

Ugutan itu bertentangan dengan peranannya sebagai 'pengaman global' malah Trump sekali lagi membuat pusingan U apabila beliau pada mulanya menyokong operasi Hamas ke atas geng jenayah yang bermaharajalela di Gaza.

"Hamas menumpaskan samseng yang sangat jahat. Sejujurnya, saya tiada masalah dengan tindakan itu," katanya pada awal minggu lalu.

Difahamkan, pertempuran ganas tercetus antara Hamas dan kumpulan bersenjata di Gaza yang merompak bekalan bantuan dan 'bekerja' untuk Israel. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat memberi amaran akan menyokong serangan ke atas Hamas
  • Trump menggunakan alasan Hamas menyerang kumpulan samseng yang bersekongkol dengan Israel
  • Trump menyatakan tidak perlu hantar askar AS ke Gaza kerana ada 'orang' yang dekat dengan Hamas untuk bertindak bagi pihak AS
  • Ugutan Trump bertentangan dengan peranannya sebagai 'pengaman global'
  • Trump pada mulanya menyokong operasi Hamas ke atas geng jenayah di Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!