Hampir seluruh negara dijangka dilanda ribut petir - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 4.30 petang tadi memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang.
Kawasan lain yang turut terjejas adalah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta seluruh Terengganu.
Keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan; Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang); Kuala Lumpur dan Putrajaya; serta Johor (Batu Pahat, Kluang dan Pontian).
Sementara itu, di Sarawak, amaran dikeluarkan untuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang, manakala di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar). - Bernama
Ringkasan AI
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah
- Keadaan cuaca buruk ini diperkirakan berterusan sehingga jam 7 malam
- Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi amaran pada jam 4.30 petang
- Kawasan yang terjejas termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor
- Di Sarawak, amaran dikeluarkan untuk kawasan seperti Kuching dan Miri, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman dan Pantai Barat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
