Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri - MetMalaysia

MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah. Foto hiasan
MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang yang berterusan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 4.30 petang memaklumkan, cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Kawasan lain yang turut dijangka dilanda ribut petir ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin di Pahang; Klang dan Petaling di Selangor; serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Sementara itu di Sabah, amaran melibatkan kawasan pedalaman seperti Nabawan, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) serta daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar berwaspada terhadap kemungkinan berlaku banjir kilat dan kerosakan akibat tiupan angin kencang, selain mengelakkan aktiviti di kawasan lapang dan perairan sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang
  • Cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah
  • Kawasan terlibat termasuk Kubang Pasu, Kerian, Jeli, Hulu Terengganu, Klang, Segamat, dan kawasan pedalaman serta Pantai Barat Sabah
  • Masyarakat dinasihati berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat dan kerosakan akibat angin kencang
  • Orang ramai juga dinasihatkan mengelakkan aktiviti di kawasan lapang dan perairan sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!