Amaran ribut petir di 10 negeri hingga 6 petang ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga 6 petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia amaran itu melibatkan kawasan Kulim di Kedah, seluruh Pulau Pinang dan Johor, Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Selangor (Hulu Selangor).
Keadaan sama dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah membabitkan kawasan Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Sarawak membabitkan kawasan Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
