X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Bas Smart Selangor, PJ City Bus henti operasi hari ini

Perkhidmatan Bas Smart Selangor dan PJ City Bus akan dihentikan operasi sementara bermula hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan Bas Smart Selangor dan PJ City Bus akan dihentikan operasi sementara bermula hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, keputusan itu selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, penangguhan perkhidmatan melibatkan 138 bas di 43 laluan Bas Smart Selangor dan 32 bas PJ City Bus yang melibatkan enam laluan.

"Perkhidmatan ini akan dihentikan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Penangguhan perkhidmatan bas ini adalah wajar bagi mengurangkan pergerakan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

"Kerajaan negeri mengharapkan kerjasama semua pihak untuk mematuhi arahan pihak kerajaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di Selangor," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!