Mesej tular lokasi panas Covid-19 disahkan palsu

Mesej tular paparkan lokasi panas wabak Covid-19 yang tersebar di media sosial sejak semalam disahkan palsu.
Mesej tular paparkan lokasi panas wabak Covid-19 yang tersebar di media sosial sejak semalam disahkan palsu.
A
A
A

SHAH ALAM - Mesej memaparkan senarai beberapa lokasi panas wabak koronavirus (Covid-19) di Selangor yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak malam tadi disahkan palsu.

Sumber rasmi pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan mesej itu tidak sahih.

"Maklumat tidak sahih," katanya ketika pemberita bertanya kesahihan maklumat yang tersebar.

Terdahulu, mesej tular itu menyatakan beberapa tindakan yang akan diambil hasil keputusan taklimat dan perbincangan didakwa melibatkan Menteri Besar Selangor, Exco Selangor, pegawai daerah di Selangor dan agensi berkaitan semalam.

Turut dinyatakan dalam mesej yang kononnya dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor itu empat lokasi yang disenaraikan dan dikenal pasti sebagai kawasan panas wabak dengan jumlah kes dijangkiti Covid-19.

Artikel Berkaitan: