Perbuatan kibar bendera Israel, letak tulisan Hebrew tidak boleh diterima - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perbuatan mengibar bendera Israel atau menampal pelekat bertulisan Hebrew, yang menyinggung sensitiviti rakyat dan bercanggah dengan dasar negara, tidak boleh diterima sama sekali.

Menganggap ia seperti satu pengkhianatan, Anwar bersetuju bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu terbabit bagi memastikan ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

"Ini menyinggung perasaan khalayak dan bertentangan dengan dasar negara keseluruhannya. Ini dasar negara yang merentas parti termasuk soal bendera, walau apa pun matlamatnya, ia tetap salah.

"Mana ada negara di dunia yang ketika dijajah, rakyatnya mengibar Union Jack, bendera penjajah, dan ia akan dianggap sebagai pengkhianatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung pendirian kerajaan terhadap acara yang mengibarkan bendera Israel di negara ini.

Sebelum ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel ketika "Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza” mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Polis juga menjalankan siasatan terperinci terhadap kenderaan pacuan empat roda yang didakwa menampal pelekat bertulisan Hebrew membawa maksud "Malaysia adalah Rumah Kita" atau "Malaysia di Tangan Kami". - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap pengibaran bendera Israel sebagai pengkhianatan dan bertentangan dengan dasar negara
  • PDRM diarah untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mengibar bendera Israel atau menggunakan pelekat bertulisan Hebrew
  • Tindakan tersebut dianggap menyinggung perasaan khalayak ramai dan bercanggah dengan dasar keseluruhan negara
  • Mengibar bendera penjajah dianggap sebagai tindakan pengkhianatan
  • Polis membuka kertas siasatan terhadap pengibaran bendera Israel dan pelekat bertulisan Hebrew di kenderaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!