Kuarantin: Kucing pun kena 'taklimat'

Paparan status Twitter Adriena Sofia tular di laman sosial.
Paparan status Twitter Adriena Sofia tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki memberi 'taklimat' kepada empat ekor kucing berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menghiburkan netizen.

Video berdurasi 40 saat yang dimuat naik oleh Adriena Sofia Rudy Adrie, 18, di akaun Twitternya dengan ciapan, "Hari keenam kuarantin, bapa saya beri 'taklimat' kepada kucing tentang Covid-19," tular di laman sosial.

Video itu menunjukkan Rudy Adrie memberi arahan kepada empat ekor kucing di hadapan sebuah pintu sambil merujuk pada sehelai kertas dan menjelaskan supaya mereka berada di dalam rumah dalam tempoh perintah kawalan dan tidak dibenarkan keluar.

Menariknya, keempat ekor kucing diberi nama, Simba, Lulu, Luna dan nico itu seakan-akan mengerti dan memahami arahan tuannya dan hanya duduk diam ketika 'taklimat' diberikan.

No Image Caption

Video yang dimuat naik pada 21 Mac lalu telah meraih lebih 213,000 tontonan, 32,000 ulang kongsi dan lebih 30,200 tanda suka dan netizen ternyata terhibur dengan gelagat kucing yang disifatkan lucu, comel dan bijak.

"Comel gila, macam betul-betul faham je," kata @suehaila.

@sharul pula menghantar ciapan, "Yang depan sekali tu kena denda sebab kantoi bersembang waktu cikgu mengajar ke."

Artikel Berkaitan:

"Terhibur tengok kucing tu... hahaa," katanya.