Belanjawan 2026 perkukuh TVET, buka peluang kemahiran belia – FeMAC

Peruntukan TVET dinaikkan kepada RM7.9 bilion dalam Belanjawan 2026 berikutan lebih ramai bakat tempatan bidang tersebut diperlukan bagi memenuhi keperluan industri berpertumbuhan tinggi. - Gambar hiasan
Peruntukan TVET dinaikkan kepada RM7.9 bilion dalam Belanjawan 2026 berikutan lebih ramai bakat tempatan bidang tersebut diperlukan bagi memenuhi keperluan industri berpertumbuhan tinggi. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) menyifatkan peningkatan peruntukan sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) dalam Belanjawan 2026 sebagai langkah penting memperkukuh pembangunan tenaga kerja mahir negara.

Belanjawan 2026 memperuntukkan RM7.9 bilion bagi sektor TVET berbanding RM7.5 bilion tahun lalu, selain meningkatkan dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) daripada RM500 juta kepada RM650 juta.

FeMAC menjelaskan peningkatan ini sejajar dengan permintaan tinggi terhadap program Sijil Kemahiran Malaysia (SLAPB) yang terus meningkat setiap tahun, seiring keperluan industri terhadap tenaga kerja berkemahiran.

Menurut FeMAC, pelaburan kerajaan melalui PTPK terhadap sektor TVET swasta merupakan pelaburan strategik yang memberi impak berganda kepada ekonomi negara.

“Ia bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya menjana pulangan dalam bentuk hasil cukai korporat dan individu, kitar semula dana pinjaman pelajar, serta peningkatan produktiviti tenaga kerja.

“Pertumbuhan institusi TVET swasta juga dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada tenaga pengajar, penyelaras latihan, pegawai pemasaran dan penyelidik dalam ekosistem pendidikan kemahiran negara,” ujar FeMAC dalam satu kenyataan.

FeMAC menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan PTPK bagi memastikan dana RM650 juta diagihkan secara berfokus kepada program-program SLAPB yang memenuhi keperluan industri dan sektor berimpak tinggi.

Selain itu, FeMAC menyambut baik peruntukan RM34 juta kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi memperkasa Akademi Dalam Industri (ADI), yang bakal meningkatkan kebolehpasaran rakyat tempatan serta mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

FeMAC turut melihat tumpuan kerajaan terhadap sektor strategik seperti kenderaan elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor sebagai pemacu penting dalam membina tenaga kerja berkemahiran tinggi serta memperkukuh daya saing industri negara.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Peruntukan sektor TVET dinaikkan kepada RM7.9 bilion dalam Belanjawan 2026
  • Peningkatan dana PTPK dari RM500 juta kepada RM650 juta untuk sektor TVET swasta
  • Peningkatan permintaan terhadap program SLAPB seiring keperluan industri
  • Pelaburan kerajaan melalui PTPK dianggap sebagai pelaburan strategik untuk ekonomi
  • FeMAC komited bekerjasama dengan PTPK dan menyambut baik peruntukan RM34 juta kepada JPK untuk Akademi Dalam Industri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!