48 kontak rapat Jackie Wong disahkan negatif Covid-19

KUALA LUMPUR - Kesemua 48 kontak rapat atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang terdiri daripada jurulatih, pegawai dan atlet disahkan negatif Covid-19.
Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Jackie melalui akaun Instagramnya @jackie_wongsc.
"Berita yang amat menceriakan saya. Seramai 48 pegawai, jurulatih dan atlet yang kontak rapat dengan saya sebelum ini, telah disahkan negatif Covid-19.
"Dengan ini, saya boleh sahkan bahawa saya telah dijangkiti Covid-19 selepas saya balik ke kampung (11 Mac) manakala ayah saya disyaki ketika menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Sibu bersama dengan peserta perhimpunan tabligh pada 2 Mac," katanya dalam entri Instagram beliau.
Pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina 2019 itu menjadi atlet pertama negara disahkan positif Covid-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sibu, Sarawak.
Sebelum ini, kesemua kontak rapat Jackie menjalani kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) selama seminggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan selepas MSN ditutup kepada orang ramai sehingga 31 Mac ini. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Atlet, pegawai punyai kontak rapat dengan Jackie dikuarantin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Thailand akui 'The Golden Tigers' sempurna
26 September 2026 05:44pmAtlet Selangor terima insentif SUKMA November ini
26 September 2026 04:52pmGilap pelapis seiring kejayaan emas
26 September 2026 03:01pm'Bangga wakili Malaysia' - Bergson
26 September 2026 02:55pmPelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuli
26 September 2026 08:04amPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahan
26 September 2026 12:06pmKian Ming ramal Zahid PM ke-11, Selangor tumbang
26 September 2026 09:00amRempuh anggota polis trafik: Pencuci kereta direman lima hari
26 September 2026 12:57pm- Iklan -- Iklan -
