Kibar bendera Israel hanya gimik, lakon semula insiden dihadapi sukarelawan GSF - Pengarah program

Tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu hanya gimik bagi melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF. Foto:Ihsan Pembaca. (Gambar kecil: Mohd Khairul Hafiz Hassan)
Tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu hanya gimik bagi melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF. Foto:Ihsan Pembaca. (Gambar kecil: Mohd Khairul Hafiz Hassan)
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu hanya gimik semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).

Program anjuran bersama Komuniti Floating Market Sri Tanjung itu mendapat kecaman serta pelbagai pandangan orang ramai di media sosial apabila menampilkan sebuah bot yang mengibarkan panji rejim Zionis iu.

Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan berkata, situasi tersebut hanyalah simulasi dan tidak mempunyai niat lain serta menyinggung mana-mana pihak.

"Jangan hanya menilai dengan melihat keratan video yang dikongsi di media sosial. Kebanyakan yang memberi komen negatif adalah mereka yang tidak hadir ke lokasi pada hari berlangsungnya program.

"Mereka yang hadir tahu apa sebenarnya berlaku. Bendera Israel dikibarkan adalah untuk melakonkan suasana yang berlaku kepada sukarelawan semasa misi menghantar bantuan kepada rakyat Palestin," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, sketsa itu dilakukan bagi menunjukkan kepada orang ramai tentang kekejaman tentera Israel.

Ujarnya, apa yang berlaku pada hari tersebut terdapat adegan tembak menembak, nyanyian, bacaan doa Qunut Nazilah, tentera Israel mati dan bendera itu dicabut serta dipijak-pijak.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan laungan “Hidup, hidup Palestin, hancur, hancur Israel” bergema megah di Sungai Kelantan apabila hampir 20,000 peserta menyertai Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat.

Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia dengan kerjasama Komuniti Floating Market Sri Tanjung itu berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk nelayan, pemilik bot laju, aktivis, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pondok, pempengaruh dan orang awam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel adalah gimik semasa sebuah program solidariti untuk Gaza
  • Program tersebut mendapat kecaman di media sosial
  • Tindakan mengibarkan bendera adalah bagian dari simulasi yang menunjukkan kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin
  • Adegan dalam program termasuk tembak-menembak dan nyanyian simbolik kecaman terhadap Israel
  • Program solidariti tersebut disertai oleh hampir 20,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!