Kibar bendera Israel: Polis serah kertas siasatan, pendakwaan dalam masa terdekat

Laporan Sinar Harian mengenai isu kibar bendera Israel pada Isnin.
Laporan Sinar Harian mengenai isu kibar bendera Israel pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan isu pengibaran bendera Israel ketika program "500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza” yang berlangsung di Lembah Sireh, di sini, Jumaat lepas, kepada pendakwa raya negeri hari ini untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, penganjur program terbabit juga telah dipanggil semalam untuk siasatan lanjut dan dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

"Kes ini disiasat mengikut tiga peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Jumaat lepas, kejadian itu berlaku apabila sebuah bot yang memasang beberapa bendera Israel melakukan lakonan semula insiden penahanan bot yang menimpa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.

Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu disertai hampir 10,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak dari Kampung Pulau Pisang hingga ke Lembah Sireh, meliputi jarak sejauh lapan kilometer, sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.- Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menyerahkan kertas siasatan pengibaran bendera Israel pada program solidariti untuk Gaza kepada pendakwa raya Kelantan
  • Penganjur program telah dipanggil untuk siasatan lanjut dan dijangka akan didakwa
  • Kes disiasat di bawah tiga peruntukan undang-undang termasuk Akta Lambang Kebangsaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia
  • Insiden ini berlaku dalam program solidariti yang melibatkan lakonan semula penahanan bot sukarelawan menuju ke Gaza
  • Program yang menarik hampir 10,000 peserta itu merupakan inisiatif anak muda sebagai tanda solidariti terhadap Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!