Covid-19: Buat survei khas secara dalam talian kaji kesan wabak

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik (kiri) bertanyakan tujuan seorang pemandu keluar ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa oleh kerajaan ketika meninjau sekatan jalan raya oleh anggota Polis bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer 83 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu hari ini.

A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Perangkaan sedang menjalankan survei khas secara dalam talian bagi mengkaji kesan koronavirus (Covid-19) terhadap ekonomi dan individu di Malaysia.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata, pusingan satu survei itu, yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020, terbuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 15 tahun ke atas.

Beliau berkata, survei pusingan satu itu mengandungi 21 soalan yang merangkumi tiga modul iaitu Modul Umum, Modul Pekerjaan dan Modul Perbelanjaan.

"Dapatan daripada survei ini akan digunakan sebagai input kepada kerajaan Malaysia untuk mengukur kesan penularan wabak Covid-19 terhadap ekonomi, pekerjaan dan pola perbelanjaan penduduk Malaysia," katanya.

Menurutnya, maklumat yang dikumpulkan melalui survei itu adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) iaitu maklumat yang diterima adalah sulit dan hanya digunakan bagi tujuan perangkaan.

Bagi memenuhi tujuan kajian, Mohd Uzir berkata jabatan itu mengalu-alukan semua penduduk Malaysia berumur 15 tahun ke atas memberikan kerjasama dan menyertai survei itu melalui pautan https://bit.ly/SurveiCOVID19DOSM, kod QR, atau laman media sosial @StatsMalaysia.-Bernama

Artikel Berkaitan: