NUJ gesa Hattan buat permohonan maaf secara terbuka

NUJ gesa Datuk Hattan memohon maaf secara terbuka kerana tindakannya menegur ketika siaran langsung berkenaan bukan sahaja memalukan pembaca berita malah dilihat memperlekehkan tugas pengamal media.
NUJ gesa Datuk Hattan memohon maaf secara terbuka kerana tindakannya menegur ketika siaran langsung berkenaan bukan sahaja memalukan pembaca berita malah dilihat memperlekehkan tugas pengamal media.
A
A
A

SHAH ALAM - Petugas media bukan peserta program pertandingan realiti yang boleh dimalukan di khalayak ramai.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah berkata, tindakan memalukan petugas media sama ada oleh orang luar, artis, ahli politik mahupun menteri harus dihentikan dengan segera.

Menurut beliau, dalam hal membabitkan Astro Awani, NUJ menggesa supaya penyanyi Datuk Hattan bertindak lebih profesional, sekiranya beliau tidak mahu menjawab soalan yang diajukan, beliau boleh dengan sopan menolak pertanyaan itu.

“Tindakan seperti itu akan memulakan rantaian ‘chain of events’, di mana selepas ini orang lain juga boleh bertindak kurang ajar dengan petugas media.

“Belajarlah saling menghormati dan tunjukkan teladan yang baik terutamanya kepada generasi muda pendirian NUJ adalah untuk saling menghormati,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tidak berhemah penyanyi tu menegur seorang pembaca berita wanita ketika siaran langsung berita berkenaan ke udara pada Jumaat.

Farah Marshita
Farah Marshita

Farah berkata, penyanyi itu juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka, kerana tindakan beliau itu memalukan pembaca pemberita berkenaan ketika sedang bersiaran secara langsung.

“NUJ gesa Datuk Hattan memohon maaf secara terbuka kerana tindakannya menegur ketika siaran langsung berkenaan bukan sahaja memalukan pembaca berita malah dilihat memperlekehkan tugas pengamal media.

"Dalam hal ini juga, NUJ memuji pembaca berita wanita berkenaan yang kekal tenang dan profesional meskipun diasak dengan soalan kurang cerdik penyanyi berkenaan yang menuduhnya sebagai ‘tidak buat kerja’," ujarnya.

Difahamkan, pihak Astro Awani menghubungi Datuk Hattan untuk berkongsi cerita mengenai Allahyarham Mael XPDC atau nama sebenar Syed Ismail Syed Ibrahim yang baru meninggal dunia.