Suria KLCC hidupkan Deepavali dengan Kempen ‘Lotus of Light’

Francis (berdiri, tengah) ketika pelancaran Kempen ‘Lotus of Light’ di Suria KLCC pada Khamis.
Francis (berdiri, tengah) ketika pelancaran Kempen ‘Lotus of Light’ di Suria KLCC pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Suasana sambutan Deepavali tahun ini lebih meriah apabila Kumpulan Suria KLCC memperkenalkan kempen bertemakan ‘Lotus of Light’ di tiga pusat beli-belah utama mereka iaitu Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu.

Kempen yang berlangsung dari 6 hingga 22 Oktober itu meraikan keindahan budaya, semangat komuniti dan perpaduan sempena pesta cahaya yang disambut pada 20 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, bunga teratai dipilih sebagai inspirasi utama kerana ia melambangkan keanggunan serta keharmonian.

“Tema ‘Lotus of Light’ ini bertujuan mencipta pengalaman yang imersif dan tidak dapat dilupakan. Kami berbesar hati mengalu-alukan orang ramai untuk berkongsi kegembiraan Deepavali di semua pusat beli-belah kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sepanjang kempen, pengunjung boleh menyaksikan persembahan tarian klasik Bharatanatyam dan menyertai Bengkel Lukisan Inai khas pada 20 Oktober.

Katanya, pembeli yang berbelanja RM1,000 ke atas dalam dua resit akan menerima e-baucar Suria KLCC bernilai RM50, manakala pembelian e-baucar bernilai RM1,000 secara dalam talian layak mendapat tambahan RM100.

Sementara itu, katanya, ganjaran pembeli turut ditawarkan di Alamanda Shopping Centre antaranya e-baucar bernilai RM30 untuk perbelanjaan RM500 dan e-baucar RM80 bagi perbelanjaan RM1,500 ke atas.

Selain itu, beliau berkata, Alamanda meneruskan Jualan Pin Reben Hijau bagi mengumpul dana serta meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

"Di Terengganu, Mesra Mall pula meraikan Deepavali dari 16 hingga 26 Oktober dan kempen ini menjadi simbol keterangkuman serta komitmen Mesra Mall dalam meraikan kepelbagaian budaya Malaysia agar semangat Deepavali dapat dikongsi semua lapisan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!