Belanjawan 2026: ATM laksana perbelanjaan berhemah, fokus kesiapsiagaan pertahanan

ATM sambut baik Belanjawan 2026 dengan peruntukan RM21.74 bilion, fokus kepada kerjasama antara tiga cabang tentera, kebajikan anggota dan keselamatan sempadan negara. Gambar hiasan
ATM sambut baik Belanjawan 2026 dengan peruntukan RM21.74 bilion, fokus kepada kerjasama antara tiga cabang tentera, kebajikan anggota dan keselamatan sempadan negara. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan perbelanjaan secara berhemah bagi memastikan peruntukan sebanyak RM21.74 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 digunakan secara optimum.

Peruntukan itu juga pastinya ke arah memperkukuhkan kesiapsiagaan pertahanan serta menjaga kebajikan warganya.

ATM dalam kenyataan memaklumkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan ATM menyambut baik pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan selari dengan usaha mendukung Angkatan Masa Hadapan dan kelestarian warga ATM.

"Kementerian Pertahanan dan ATM menerima peruntukan sebanyak RM21.74 bilion, meningkat kira-kira 2.92 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM21.13 bilion. Daripada jumlah itu, RM14.11 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus (OE), manakala RM7.63 bilion untuk peruntukan pembangunan (DE).

"ATM akan memberi tumpuan kepada pendekatan jointness dalam pelaksanaan strategi pertahanan, merangkumi kerjasama erat antara Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia bagi memperkukuhkan keupayaan pertahanan negara," katanya.

Menurutnya, pada masa sama, kebajikan anggota turut diberi penekanan bagi mengekalkan moral, semangat serta iltizam warga pertahanan demi memastikan kesiapsiagaan yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"ATM turut bertekad memastikan aspirasi kerajaan dalam Belanjawan 2026 dapat dicapai sepenuhnya, termasuk memperkukuhkan keselamatan sempadan, meningkatkan hubungan pertahanan antarabangsa dan mengekalkan kedaulatan negara," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • ATM akan menggunakan peruntukan RM21.74 bilion dari Belanjawan 2026 secara berhemah
  • Peruntukan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan pertahanan dan kebajikan warganya
  • Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menyambut baik pembentangan Belanjawan 2026
  • ATM memberi tumpuan kepada pendekatan jointness untuk menguatkan kerjasama antara Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara
  • ATM bertekad memastikan kedaulatan negara terpelihara melalui peningkatan keamanan sempadan dan hubungan pertahanan antarabangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!