Cukai Karbon akan diperkenalkan tahun depan - PM

Anwar membentangkan Belanjawan 2026 di Bangunan Parlimen pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar membentangkan Belanjawan 2026 di Bangunan Parlimen pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Cukai Karbon akan mula diperkenalkan tahun depan dengan tumpuan awal kepada sektor besi, keluli dan tenaga.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi memastikan kecekapan pelaksanaan Cukai Karbon, mekanismenya akan turut diselaras dengan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Negara yang bakal digubal.

"Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) terus dipacu pemain industri dengan sokongan Dana Peralihan Tenaga Negara RM150 juta," kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, GTFS 5.0 dengan nilai pembiayaan RM1 bilion dibuka sehingga 31 Disember 2026 dengan insentif jaminan kerajaan sehingga 80 peratus bagi teknologi hijau sektor sisa dan jaminan sehingga 60 peratus bagi sektor lain seperti tenaga, air, pengangkutan dan pembuatan.

"Bagi menyokong gaya hidup lestari, pemberian rebat diteruskan untuk pembelian kelengkapan jenis cekap tenaga kepada pengguna dan peniaga dengan peruntukan RM20 juta.

"Kerajaan bercadang supaya pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM2,500 ringgit diperluas untuk merangkumi pembelian mesin rincih sisa makanan bagi menggalakkan gaya hidup lestari," kata beliau. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Cukai Karbon akan diperkenalkan tahun depan dengan tumpuan kepada sektor besi, keluli dan tenaga
  • Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional didorong dengan Dana Peralihan Tenaga Negara RM150 juta
  • Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, GTFS 5.0 menyediakan pembiayaan RM1 bilion hingga 31 Disember 2026
  • Rebat untuk pembelian kelengkapan cekap tenaga disokong dengan peruntukan RM20 juta
  • Pelepasan cukai pendapatan individu RM2,500 diperluas untuk pembelian mesin rincih sisa makanan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!