Belanjawan 2026: Dua jam berdiri, Anwar hanya teguk air sekali

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Bangunan Parlimen pada Jumaat. Foto Bernama
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Bangunan Parlimen pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempamerkan stamina luar biasa semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Tambun berusia 78 tahun itu berdiri dua jam tanpa rehat panjang untuk membacakan dokumen belanjawan setebal 130 halaman di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Sepanjang pembentangan, Anwar yang juga Menteri Kewangan hanya meneguk air sekali dan duduk sebentar sebelum meneruskan ucapan dengan penuh bertenaga sehingga selesai.

Aksi beliau itu mendapat perhatian ramai termasuk warga maya yang menonton siaran langsung melalui televisyen dan saluran YouTube Parlimen Malaysia.

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Anwar dan yang pertama dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Terdahulu, Anwar yang mengenakan sepersalinan baju Melayu biru muda lengkap bersamping rekaan banduan Penjara Marang, tiba di lobi Dewan Rakyat sekitar jam 4 petang, diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Menariknya, beliau turut mengekalkan tradisi menggunakan hasil kreatif kraf tangan tempatan dengan membawa dokumen Belanjawan 2026 dalam beg 'Heart Treasure & Tanoti' rekaan anak muka orang kurang upaya (OKU) sebagai simbol sokongan berterusan kerajaan terhadap industri tempatan dan identiti seni rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 selama dua jam tanpa rehat panjang
  • Anwar berusia 78 tahun membaca dokumen belanjawan tebal 130 halaman
  • Dia hanya meneguk air sekali dan duduk sebentar sepanjang pembentangan
  • Belanjawan 2026 adalah belanjawan keempat di bawah pentadbiran Kerajaan Madani
  • Anwar menggunakan beg rekaan anak muka orang kurang upaya sebagi simbol sokongan terhadap industri tempatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!