Pijak kepala anak saudara, penjual pakaian dijel lima bulan

Seorang penjual pakaian yang sanggup memijak kepala anak saudara berusia 10 tahun, gara-gara pemetik api dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, pada Jumaat. Gambar hiasan
Seorang penjual pakaian yang sanggup memijak kepala anak saudara berusia 10 tahun, gara-gara pemetik api dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

SELAYANG - Seorang penjual pakaian yang sanggup memijak kepala anak saudara berusia 10 tahun, gara-gara pemetik api dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Norasmad Mohd Hussin, 36, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Sabreena Bakar@ Bahari.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula dari tarikh tangkap, 28 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan kepada anak saudara lelakinya di sebuah rumah di Taman Samudera, Batu Caves, di sini pada jam 1 pagi, 26 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga ibu mangsa melihat adiknya masuk ke bilik tidur lalu memijak kepala kanak-kanak berkenaan.

Setelah ditanya, lelaki berkenaan menuduh kanak-kanak itu mencuri pemetik api miliknya.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Iqbal Azman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan.

Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana dia telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa depan.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang penjual pakaian dihukum penjara lima bulan kerana memijak kepala anak saudara berusia 10 tahun
  • Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Taman Samudera, Batu Caves pada jam 1 pagi, 26 Mei lalu
  • Norasmad Mohd Hussin, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Sabreena Bakar@ Bahari
  • Hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap, 28 Mei lalu
  • Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!