Ibu maut dipukul anak gara-gara putuskan internet rumah

Seorang wanita di India maut selepas dipukul anak lelakinya kerana memutuskan internet rumah. Foto Agensi
Seorang wanita di India maut selepas dipukul anak lelakinya kerana memutuskan internet rumah. Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita di Kardhani, India maut selepas dipukul oleh anak lelakinya sendiri hanya kerana mangsa memutuskan sambungan internet rumah dan menegurnya berhubung tong gas memasak yang telah kehabisan.

Menurut laporan Times of India, suspek berusia 31 tahun, Naveen Singh, ditahan pihak polis pada 15 September lalu sebelum ditangkap secara rasmi keesokan harinya.

Insiden berlaku di dapur rumah keluarga berkenaan apabila Singh bertindak mencekik, menumbuk serta memukul ibunya, Santosh, 52, menggunakan sebatang kayu.

Ketika kejadian, bapa suspek yang merupakan anggota polis Delhi serta dua adik perempuannya cuba menghalang perbuatan itu, namun turut mengalami kecederaan dalam pergelutan berkenaan.

Lebih menyayat hati, rakaman video oleh ahli keluarga menunjukkan Singh terus memukul ibunya walaupun mangsa sudah rebah dan tidak sedarkan diri.

Santosh segera dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan pendarahan pada telinga, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Laporan penuh bedah siasat masih ditunggu keluarga mangsa.

Siasatan awal mendapati Singh, bekas pekerja pusat panggilan, menghadapi masalah ketagihan alkohol sejak beberapa tahun lalu dan sering bertengkar dengan ibunya.

Dia pernah berkahwin pada 2020, namun rumah tangganya berakhir selepas isterinya meninggalkannya kerana konflik domestik.

Pihak polis kini meneruskan siasatan kes berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita di Kardhani, India, maut dipukul oleh anaknya kerana memutuskan sambungan internet dan menegur tentang tong gas yang habis
  • Suspek, Naveen Singh, ditahan oleh polis pada 15 September
  • Singh mencekik, menumbuk, dan memukul ibunya di dapur dengan sebatang kayu
  • Bapa dan adik perempuan cuba menghalang tapi turut cedera
  • Santosh meninggal di hospital akibat kecederaan parah di kepala, Singh menghadapi masalah ketagihan alkohol

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!