Belanjawan 2026: Anwar menuju ke Parlimen

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2026. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2026. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2026, yang dijangka memberi tumpuan kepada pengukuhan fiskal, peningkatan hasil negara serta kelegaan kepada rakyat berdepan tekanan kos sara hidup.

Beliau berlepas dari Kementerian Kewangan sekitar jam 3.30 petang, diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Sebelum berangkat, doa selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam (Pengukuhan) Unit Integriti MoF, Muhamad Fierdauss Rosli bagi memohon kelancaran pembentangan bajet kali ini.

Belanjawan 2026 merupakan Belanjawan Madani keempat sejak Anwar mengambil alih pentadbiran pada akhir 2022.

Anwar, yang memakai baju Melayu berwarna biru muda kelihatan tenang dan menunjukkan isyarat bagus ketika ditanya mengenai berita baik untuk M40.

Mengangkat tema Memacu Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, belanjawan kali ini dijangka menekankan aspek pendigitalan perkhidmatan kerajaan, pembangunan tenaga boleh diperbaharui, dan peningkatan produktiviti sektor awam serta swasta.

Tumpuan juga dijangka diberikan kepada program bantuan tunai dan subsidi bersasar, inisiatif upah progresif serta pengukuhan daya tahan ekonomi domestik menjelang ketidaktentuan global tahun depan.

Belanjawan 2026 dijangka dibentangkan pada jam 4 petang di Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen
  • Belanjawan 2026 menekankan pengukuhan fiskal, peningkatan hasil negara dan kelegaan kepada rakyat
  • Diiringi oleh Menteri Kewangan II, Timbalan Menteri Kewangan, dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan
  • Belanjawan Madani keempat sejak Anwar mengambil alih pentadbiran
  • Tumpuan pada pendigitalan perkhidmatan, pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan peningkatan produktiviti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!