100 juruaudit baharu bantu urusan pensijilan halal

PELANTIKAN 100 orang juruaudit halal baharu memperkukuh keupayaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mempertingkat proses pensijilan halal di seluruh negara. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA
PELANTIKAN 100 orang juruaudit halal baharu memperkukuh keupayaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mempertingkat proses pensijilan halal di seluruh negara. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA
A
A
A

PELANTIKAN 100 juruaudit halal menjadi sinar baharu dalam memperkukuh keupayaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mempertingkat proses pensijilan halal di seluruh negara.

Jakim menjelaskan, kehadiran mereka membantu jabatan itu bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menguruskan sebanyak 15,168 permohonan pensijilan halal setakat 1 Oktober 2025.

“Ia bukan sekadar langkah mempercepatkan proses pensijilan halal, tetapi usaha memperluas jaminan keyakinan rakyat terhadap produk yang mereka gunakan setiap hari.

“Di sebalik inisiatif ini, terserlah kesungguhan Kerajaan Madani dalam memperkukuh peranan Jakim sebagai peneraju tadbir urus halal yang berintegriti dan profesional,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook Jakim baru-baru ini.

Pelantikan itu selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2025 bagi mempercepat dan memperkemas prosedur pengeluaran sijil halal di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!