Shopee Rai Lokal perkasa affiliate, angkat kejayaan jenama tempatan

SEMPENA Festival Jenama 10.10, Shopee Rai Lokal mengajak rakyat Malaysia melihat kempen ini bukan sekadar pesta promosi dan diskaun tetapi sebagai usaha menghargai usahawan serta pencipta kandungan tempatan yang menjadi tulang belakang kepada jenama-jenama tempatan.
Dalam era perdagangan berasaskan kandungan yang semakin berkembang, jenama tempatan kini bekerjasama dengan pencipta kandungan di bawah rangkaian affiliate Shopee untuk menyampaikan kisah mereka secara lebih autentik dan bermakna.
Di tengah-tengah misi ini ialah rakan niaga affiliate Shopee yang memainkan pelbagai peranan sebagai pencerita, pembina komuniti dan penyokong jenama.
Dengan mengetengahkan usahawan dan produk tempatan melalui kandungan yang menarik, mereka membantu menghubungkan penjual dan pembeli, menjadikan setiap pembelian lebih bermakna.
Festival Jenama 10.10 meraikan sinergi itu dengan pencipta seperti KUBAH BIRU dan bubblegumsz yang menerajui gerakan membentuk landskap runcit digital Malaysia bersama jenama tempatan seperti TTRacing serta Elgini.
KUBAH BIRU yang juga rakan niaga afiliasi Shopee mula mengenali jenama TTRacing melalui platform berkenaan sebelum berkongsi ulasan jujur dan pengalaman sebenar menggunakan produk kerusi permainan ergonomik tempatan itu menerusi Shopee Live.
Dalam sesi livestream, beliau bukan sahaja menjawab pertanyaan penonton, malah menunjukkan keunikan reka bentuk dan fungsi kerusi tersebut.
“Sebelum guna TTRacing, saya kerap alami sakit belakang. Sekarang saya boleh duduk berjam-jam tanpa rasa lenguh.
"Ia benar-benar ubah pengalaman saya dan sebab itu saya yakin untuk syorkan kepada pengikut saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Hasil usaha itu, beliau berjaya menjana jualan melebihi RM15,000 untuk jenama TTRacing.
Kejayaan KUBAH BIRU turut disokong oleh Program GoldTick Shopee, yang memberi pengiktirafan dan keterlihatan lebih tinggi kepada rakan afiliasi berprestasi cemerlang.
Inisiatif itu sekali gus membantu memperkukuh kedudukan jenama tempatan di pasaran dalam talian.
Bersama-sama mereka menzahirkan semangat Shopee Rai Lokal dan menunjukkan bagaimana inovasi tempatan, bakat tempatan serta komuniti kukuh mampu membawa manfaat kepada semua.
Sementara itu, pencipta kandungan bubblegumsz turut menarik perhatian dengan pendekatan kreatif dalam bidang fesyen sukan dan gaya hidup aktif.
Melalui video pendek di Shopee Video, beliau menampilkan pelbagai cara memadankan koleksi Elgini secara praktikal untuk pelbagai situasi sama ada di tempat kerja, bersantai atau bersukan.
“Saya suka pakaian Elgini sebab ia sesuai dipakai setiap hari. Ia bergaya, selesa dan direka khas untuk cuaca Malaysia.
"Bila saya tunjukkan produk dari dekat, pengikut saya nampak mutu buatannya, malah kawan-kawan saya pun rasa terinspirasi untuk lebih aktif.
"Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dengan hasil kerja tangan tempatan dan ingin kongsi kebanggaan itu dengan orang lain," katanya.
Sebagai pencipta kandungan asli, penceritaan jujurnya di Shopee Video memberi hasil yang mengagumkan, menjana lebih RM11,000 jualan untuk Elgini bulan lalu.
Disokong oleh Program GoldTick Shopee, bubblegumsz terus menghasilkan kandungan autentik yang dipercayai pengguna dan membantu meningkatkan keterlihatan jenama tempatan.
Dengan berkongsi pengalaman sebenar serta menunjukkan bagaimana produk sesuai dalam gaya hidup aktifnya, beliau berjaya membina hubungan tulen dengan pengikutnya.
Rakan niaga afiliasi seperti beliau membuktikan bagaimana kreativiti dan komuniti berkembang melalui Shopee Rai Lokal sambil menginspirasi rakyat Malaysia untuk memilih produk tempatan, kekal aktif dan menyokong jenama buatan Malaysia seperti Elgini.
Di sebalik setiap kisah kejayaan ini ialah peranan Shopee sebagai pemangkin pertumbuhan usahawan tempatan.
Dengan menghubungkan rakan niaga dan usahawan melalui alat seperti Shopee Live dan Shopee Video, Shopee membantu pelanggan menemui jenama tempatan melalui penceritaan yang jujur dan autentik.
Sinergi itu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, memastikan jenama seperti TTRacing dan Elgini dapat mencapai lebih ramai rakyat Malaysia tanpa mengorbankan identiti mereka.
Festival Jenama 10.10 merupakan masa terbaik untuk rakyat Malaysia meneroka dan menyokong pencipta kandungan serta jenama tempatan.
Layari halaman Shopee 10.10 atau buka aplikasi Shopee hari ini untuk menikmati tawaran Lagi Murah, Lagi Cepat dan sertai gerakan Shopee Rai Lokal dalam meraikan hasil tangan serta semangat tempatan Malaysia.
Ringkasan AI
- Festival Jenama 10.10 di Shopee meraikan usahawan dan pencipta kandungan tempatan
- Rakan niaga affiliate Shopee memainkan peranan penting dalam mempromosikan jenama tempatan melalui penceritaan autentik
- Pencipta kandungan seperti KUBAH BIRU dan bubblegumsz memperlihatkan keunikan dan kelebihan produk tempatan melalui kandungan yang menarik
- Kempen ini bertujuan untuk menghubungkan penjual dan pembeli, menjadikan setiap pembelian lebih bermakna dan meningkatkan kedudukan jenama tempatan di pasaran dalam talian
- Festival Jenama 10.10 memperkukuhkan semangat Shopee Rai Lokal dalam menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan dan mempromosikan jenama buatan Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

