FIABCI 2025: Kejayaan pemaju tempatan bukti potensi, keupayaan Malaysia – KPKT

Kor Ming
Kor Ming
A
A
A

SHAH ALAM - Kejayaan pemaju hartanah tempatan merangkul lima pingat emas dan empat perak dalam pertandingan berprestij dunia, FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2025 bertempat di Lagos, Nigeria pada Khamis membuktikan potensi dan keupayaan tinggi sektor itu untuk bersaing secara kompetitif di peringkat global.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, pengiktirafan antarabangsa tersebut secara langsung meningkatkan kredibiliti dan reputasi pemaju hartanah Malaysia sekali gus memperkukuh keyakinan pelabur selain membuka lebih banyak peluang kerjasama serta pelaburan dari luar negara.

"Kementerian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dari Malaysia atas pencapaian cemerlang itu di pentas dunia.

"KPKT akan terus mengiktiraf dan menghargai pemaju terunggul negara. Ini mencerminkan iltizam Kerajaan Madani dalam memperkasa bakat tempatan dan mengangkat nama baik Malaysia di mata dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

FIABCI World Prix d’Excellence Awards diiktiraf sebagai antara anugerah paling berprestij dalam industri hartanah global dan sering digelar setaraf Anugerah Oscar dalam sektor hartanah.

Tambah Kor Ming, seiring dengan pelantikan Malaysia sebagai Presiden Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) baru-baru ini, pencapaian berkenaan turut memperkukuh peranan negara dalam menerajui agenda perumahan mampu milik dan pembangunan mampan di peringkat antarabangsa.

"Kejayaan pemaju tempatan dalam menghasilkan projek perumahan mampu milik yang bertaraf dunia merupakan bukti jelas terhadap komitmen Malaysia dalam menjayakan matlamat tersebut," kata beliau yang juga Presiden Perhimpunan UN-Habitat.

Senarai Projek Pemenang FIABCI dari Malaysia

World Gold Winners

Artikel Berkaitan:

1. The Light Collection IV - Residential Low Rise Category

2. Nouvelle Industrial Park @ Kota Puteri Malaysia - Industrial Category

3. Iringan Bayu Wetland Park - Environmental Category

4. TSLAW Tower - Office Category

5. I-Santorini - Affordable Housing Category

World Silver Winners

1. Hyatt Centric Kota Kinabalu - Hotel Category

2. Sentul Works - Office Category

3. SkyLuxe on the Park Residences - Residential High Rise Category

4. Setia Eco Templer – Amantara - Residential Low Rise Category

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!