Perjanjian gencatan senjata Gaza berkuat kuasa Khamis

ISTANBUL - Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Semenanjung Gaza pada Khamis selepas usaha pengantaraan yang berterusan dan intensif bagi menamatkan konflik selama dua tahun di wilayah Palestin itu.
"Perjanjian telah dicapai untuk melaksanakan gencatan senjata dan menamatkan konflik di Gaza selepas dua tahun penderitaan, selaras dengan pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump," kata Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.
Penyiar awam Israel, KAN mengesahkan bahawa perjanjian gencatan senjata itu telah berkuat kuasa di wilayah berkenaan.
Bagaimanapun, Channel 12 Israel yang memetik sumber di pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, melaporkan bahawa gencatan senjata itu "hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan kerajaan." - Bernama
Ringkasan AI
- Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Semenanjung Gaza
- Usaha pengantaraan yang berterusan dan intensif telah menamatkan konflik selama dua tahun
- Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengatakan perjanjian sejajar dengan pelan damai Donald Trump
- Penyiar awam Israel, KAN, mengesahkan perjanjian itu telah berkuat kuasa
- Perjanjian itu memerlukan kelulusan kerajaan sebelum berkuat kuasa sepenuhnya, menurut Channel 12 Israel
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
