Hamas setuju fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza Trump, gesa Israel laksanakannya

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

ISTANBUL - Kumpulan Palestin Hamas pada awal Khamis mengumumkan bahawa ia telah bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, sambil menghargai usaha beliau bersama Turkiye, Qatar dan Mesir, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Hamas mengumumkan bahawa satu persetujuan telah dicapai yang merangkumi penamatan serangan di Gaza, pengunduran tentera Israel, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pertukaran tahanan,” menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan di Telegram.

"Kami amat menghargai usaha negara-negara pengantara di Qatar, Mesir dan Turkiye. Kami juga memuji usaha Presiden AS, Donald Trump yang bertujuan menamatkan konflik secara menyeluruh serta memastikan pengunduran sepenuhnya tentera pendudukan Israel dari Semenanjung Gaza,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu turut ditujukan kepada negara-negara penjamin perjanjian gencatan senjata serta pelbagai negara Arab dan Islam dan pihak antarabangsa, termasuk Trump, dengan menyeru supaya tekanan diberikan ke atas Israel untuk memenuhi tanggungjawab yang termaktub dalam perjanjian itu.

"Kami menegaskan bahawa pengorbanan rakyat kami tidak akan sia-sia, bahawa kami akan terus berpegang pada janji kami, dan tidak akan sekali-kali melepaskan hak-hak kebangsaan kami seperti hak untuk kebebasan, kemerdekaan dan penentuan nasib sendiri,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan Hamas itu dibuat sejurus selepas Trump mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah mempersetujui fasa pertama pelan damai Gaza yang diusulkan oleh AS. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza oleh Presiden AS Donald Trump
  • Hamas menyatakan persetujuan termasuk penamatan serangan di Gaza, pengunduran tentera Israel, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pertukaran tahanan
  • Kumpulan itu menghargai usaha negara-negara pengantara seperti Qatar, Mesir dan Turkiye serta usaha Trump untuk menamatkan konflik
  • Kenyataan itu juga ditujukan kepada negara-negara penjamin perjanjian dan menyeru tekanan ke atas Israel untuk memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian
  • Hamas menegaskan pengorbanan rakyat Palestin tidak akan sia-sia dan akan terus berjuang untuk hak kebangsaan seperti kebebasan dan kemerdekaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!