Lelaki gagal seludup 850kg minyak masak subsidi

Cubaan seorang penyeludup melarikan diri daripada pihak berkuasa tidak kesampaian apabila dia berjaya ditahan dalam satu operasi membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi di Tok Bali, Pasir Puteh pada Selasa. Foto: KPDN
Cubaan seorang penyeludup melarikan diri daripada pihak berkuasa tidak kesampaian apabila dia berjaya ditahan dalam satu operasi membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi di Tok Bali, Pasir Puteh pada Selasa. Foto: KPDN
A
A
A

PASIR PUTEH – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi di Tok Bali di sini pada Selasa.

Ketika ditahan, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri malah turut melanggar kenderaan pihak berkuasa namun berjaya ditahan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, lelaki berusia 21 tahun itu dikesan membawa 850 kilogram minyak masak peket bersubsidi dengan nilai rampasan dianggarkan lebih RM7,000 pada jam 5.45 petang.

"Ketika operasi, pasukan telah menahan sebuah kereta Proton Waja yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai cuba menyeludup minyak masak bersubsidi itu untuk dipasarkan ke negara jiran," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran berkaitan dan kini disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak masak bersubsidi.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tindakan lanjut.

Beliau memberitahu, Operasi Bersepadu Membanteras Penyelewengan dan Penyeludupan Barang Kawalan Bersubsidi dijalankan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (PPM W3) Pengkalan Kubor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditahan dalam operasi membanteras penyeludupan barang kawalan bersubsidi di Tok Bali
  • Suspek berusia 21 tahun bertindak agresif dan cuba melarikan diri
  • Ditemukan membawa 850 kilogram minyak masak peket bersubsidi bernilai lebih RM7,000
  • Dipercayai menyeludup minyak masak ke negara jiran tanpa dokumen kebenaran
  • Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!